top of page
12345.jpg

“BERKURSUS ADALAH PROGRAM ANDA, MENGURUS ADALAH KEPAKARAN KAMI!”

Sukar untuk menguruskan bengkel, kursus atau latihan untuk para pekerja anda? Tidak tahu cara mengendalikan kem dan latihan untuk pelajar anda? Mari kita menjadi rakan kongsi mengendalikan bersama!

MASALAH 

DIHADAPI?

Sebagai pekerja, staf mahupun majikan, kita seringkali akan dijemput menghadiri kursus atau bengkel untuk mengasah kemahiran kita. Tapi tidak pernah terfikir sekiranya kita diberi peluang mahupun ksempatan untuk mengendalikan sendiri bengkel atau kursus tersebut. Jika dianjurkan di pejabat sendiri, tiada semangat pula nanti orang ingin datang. Jika dibuat di luar kawasan, jenuh memikirkan tempat penginapan, makan minum, penceramah apatah lagi kos yang bakal ditanggung nanti.

MASALAH 

DIHADAPI?

Kem serta latihan yang kebiasaannya dianjurkan untuk para pelajar juga antara aktiviti wajib tahunan. Menjadi guru bukanlah tanggungjawab yang mudah, lebih- lebih lagi sekiranya diberi amanah untuk menjayakan kem atau latihan ini kepada anak muridnya. Fuh, pening kepala lah! Mana nak cari orang untuk menguruskan kem dan latihan ni..

Seronok tak jika pihak TEKAN.JE bantu anda, para pekerja, guru dan semua orang dalam menguruskan bengkel, kursus malah kem serta latihan tersebut? Wah, jangan teruja lagi! >< Baca dahulu tau!

 

Kami prihatin dengan segala usaha majikan, kakitangan, staf serta para pekerja kerana kami juga sama seperti anda. Pihak TEKAN.JE menawarkan perkhidmatan menguruskan segala keperluan untuk bengkel dan kursus anda. Ini termasuklah dari segi penginapan, pengangkutan, tempat untuk berbengkel atau berkursus dan juga makan minum anda.

 

Anda hanya perlu mengundang atau menjemput penceramah dan mengatur program itu sendiri. Lain-lain keperluan pula adalah menjadi tanggungjawab kami. Best bukan? Tak perlu risau kerana ini juga salah satu kepakaran kami!

berbengkel

bersama

kami

Bagaimana pula dengan kem dan latihan untuk para pelajar? Perlukan bas? Perlukan tempat kem yang sesuai dengan tawaran harga yang berpatutan? Risau tiada pihak menjaga makan minum pelajar? Kami menjawab segala persoalan anda!

 

Kem dan latihan khusus untuk pelajar turut menjadi tanggungjawab kami. Anda hanya perlu mencari penganjur. Pihak TEKAN.JE akan menyediakan penginapan, makan minum, pengangkutan malah tempat yang sesuai dan seronok untuk menganjurkan kem. Bukan itu sahaja, segala tiket dan  pembayaran hanya melalui TEKAN.JE. Tidak perlu runsing lagi untuk berurusan dengan ramai pihak. Hanya kami rakan kongsi program anda!

 

Namun, ianya menjadi pilihan anda sekiranya makan minum ingin diuruskan sendiri. Kami tetap akan mengikut dan memenuhi segala kehendak dan keperluan untuk menjayakan program anda.

17634.jpg

KELEBIHAN

1d9b5a6ab16b72e5bf897b8b14bda0bd.png

Kelebihan menjadi rakan kongsi bersama pihak TEKAN.JE dalam menganjurkan program (bengkel,kursus,kem,latihan), anda akan mendapt footage atau rakaman untuk program anda sebagai kenangan istimewa!

 

Dunia sekarang tidak asing lagi dari mencipta memori termasuklah melalui gambar, video dan lain-lain lagi. Daripada anda menambah kos untuk mengupah jurugambar luar atau tidak tahu ingin mengupah siapa di bumi jelapang padi ini, tidak mengapa. Kami bawakan khas untuk program anda. Mereka juga adalah kru produksi untuk pihak TEKAN.JE dan mereka amat berpengalaman dan diiktiraf kepakaran mereka oleh ramai pihak. Tidak perlu risau lagi untuk dokumentasi program anda. Kami akan menyediakan segala yang terbaik bagi menjayakan program anda, kerana itulah tanggungjawab dan kepakaran kami. Mana lagi nak cari team produksi percuma? Hanya di TEKAN.JE!

2331980.png

TAWARAN MENARIK

Semestinya dengan menjadi rakan kongsi menjayakan program anda, anda akan memperoleh t-shirt eksklusif keluaran kami! Pihak TEKAN.JE mengeluarkan t-shirt eksklusif ini khas untuk anda. Jangan lupa untuk beri saiz dan warna kegemaran tau!

 

Malah, anda turut dibekalkan dengan mask serta hand sanitizer sewaktu program berlangsung. Keselamatan anda juga tanggungjawab kami. Tidak perlu risau lagi sekiranya tertinggal mask atau lupa membawa travel hand sanitizer. Kami menyediakannya secukupnya.

Hand Sanitizer
unnamed.png

kursus

1) Merdeka Beach Resort

2) Pendang Suite Hotel

3) Royale Signature Hotel

4) Rania Hotel and Convention Centre

5) Hotel Seri Malaysia

kursus

&kem

- Untuk Kem perlu membuat tempahan sahaja, segala aktiviti diuruskan oleh pihak penganjur sendiri atau pihak kem.

- Pengangkutan dan penginapan boleh diuruskan oleh pihak Tekan.Je atau diuruskan sendiri.

- Food cuisine diuruskan sendiri oleh pihak penganjur. 

Kem

1) Salak Denai

2) Kem Askar Gua Gedang

3) Beris Campsite (d'Puncak Beris Resort)

4) Lake Resort

5) Kem Desa Baiduri

BERMINAT?

Ingin menjadi rakan kongsi menganjurkan program bersama? Kami juga ingin bersama menjayakan program anda! Jom jadi rakan kongsi dengan klik di TEKAN.JE sekarang!

Logo__1_-removebg-preview.png

Atau

bottom of page