top of page

SESI QnA bersama pihak Tekan.Je

Apakah itu tekan.je?

​

​

Tekan.je ialah satu medium atau platform yang boleh mengakses tempat menarik khusus di Kedah. Bukan sekadar mengakses, ianya juga turut memudahkan pengguna untuk terus menuju ke tempat tersebut tanpa mencari maklumat lanjut lagi mengenai tempat tersebut. Hal ini kerana, tekan.je telah menyediakan segala untuk pengguna.

​

Tekan.je turut menyediakan kemudahan mengakses pengangkutan awam kepada pengguna ketika berada di negeri Kedah. Bas, teksi, kapal terbang,feri dan lain-lain termasuklah kereta sewa turut kami sediakan. Pengaksesan tempat makan paling dekat dan diperakui oleh serata rakyat Kedah turut disediakan di portal kami.

 

Pakej pelancongan juga turut menjadi tumpuan utama kami sebagai perkhidmatan kepada pengguna kami. Pengguna diberi pilihan sendiri untuk menyusun pakej pelancongan mengikut kehendak masing-masing. Anda bercuti, anda pilih. Tidak lupa juga kemudahan pengendalian kursus dan bengkel, latihan dan kem turut dilaksnakan oleh pihak tekan.je. Pihak kami meyediakan segalanya bukan sahaja percutian tetapi hamper semua kemudahan khusus di Kedah. Anda hanya perlu klik di tekan.je!

Berapakah harga untuk pakej pelancongan?

​

>Harga bagi pakej pelancongan yang disediakan oleh kami ditentukan oleh pilihan pengguna. Berkonsepkan ‘anda bercuti, anda pilih’, harga yang ditawarkan adalah mengikut pilihan pakej yang anda sukai. Setiap pakej telah kami sertakan harga serta tawaran menarik khusus buat pengguna kami.

Bagaimanakah ingin membuat tempahan bagi pakej pelancongan?

​

>Bagi membuat tempahan untuk pakej pelancongan, anda hanya perlu klik pada ‘tekan.je’ di sudut bawah dan akan dibawa ke google.form. Anda akan mengisi maklumat percutian anda di form tersebut anda hanya perlu submit.

 

Contoh borang atas talian untuk membuat tempahan pakej pelancongan:

Setelah anda hantar atau submit borang tersebut, kami akan menghubungi anda melalui email untuk urusan seterusnya. Pembayaran bagi pakej pelancongan ini boleh dilakukan secara atas talian (online) atau tunai (offline).

 

Jom tempah pakej pelancongan idaman anda sekarang!

Adakah pemandu pelancong disediakan ketika melancong?

>Ya, pihak tekan.je sangat prihatin terhadap pengguna ketika melancong. Kami faham dan cakna bahawa tidak semua mahir tentang selok belok di negeri Kedah. Maka, kemudahan pemandu pelancong adalah untuk semua. Namun, pemandu pelancong hanyalah pilihan anda. Jika anda memilih untuk melancong sendiri tanpa pemandu pelancong, anda boleh memilih ‘tidak’ semasa mengisi borang di pakej pelancongan anda.

Tempah pakej pelancongan anda sekarang!

​

Bagaimana cara menempah penginapan untuk bengkel dan kursus?

>Penginapan untuk bengkel,kursus,kem dan latihan akan diuruskan oleh pihak tekan.je. Pemilihan tempat penginapan ini akan ditentukan melalui jarak tempat program tersebut. Namun, jika pengguna mahu menukar tempat penginapan atau ingin mencari penginapan sendiri, bolehlah menghubungi pihak kami di email kami tekanje123@gmail.com

​

​

 

Adakah pihak tekan.je menyediakan makan minum untuk peserta program?

>Pihak tekan.je turut menyediakan makan dan minum kepada para peserta jika terdapat permintaan oleh pengguna. Tetapi menjadi tanggungjawab penganjur program untuk menyediakan segala keperluan makan minum dan menjaga kebajikan peserta. Sekiranya terdapat sebarang permintaan lain-lain yang dapat pihak tekan.je penuhi, kami akan lakukan sebaik mungkin.

​

​

 

Adakah pihak tekan.je terlibat sepenuhnya berprogram bersama peserta?

>Tidak. Pihak tekan.je hanya membantu menguruskan keperluan peserta untuk program yang dianjurkan sahaja seperti tempat menganjurkan program, tempat penginapan, pengangkutan dan sekiranya mempunyai permintaan untuk makan dan minum kami akan turut penuhi. Segala keperluan program yang lain-lain seperti jadual program, penceramah, fasi dan sebagainya akan dikendalikan oleh pihak penganjur itu sendiri.

Tempah slot program yang anda ingin lakukan sekarang !

​

Bagaimana ingin menempah tiket untuk pengangkutan?

>Anda hanya perlu mengisi google form yang disediakan oleh pihak kami sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan untuk bas dan kapal terbang. Untuk menggunakan perkhidmatan teksi pula, anda boleh merujuk di portal rasmi kami dan menghubungi mereka sebagaimana nombor yang tertera.

Tempahan kereta sewa

> Untuk pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa pula, anda boleh terus membuat panggilan kepada kami sekiranya diperlukan segera atau menghubungi kami melalui email sekurang-kurangnya 3 hari sebelum perjalanan berlaku.

Bagaimana ingin membuat tempahan bagi tempat penginapan?

>Untuk membuat tempahan bagi penginapan, anda hanya perlu klik di tekan.je dan mengisi google form yang kami sediakan dan anda perlu mengisi maklumat penting seperti nama, berapa hari menginap, daerah serta tempahan untuk berapa orang. Kami akan memberi cadangan penginapan berhampiran anda. Namun, sekiranya anda sudah mempunyai tempat penginapan yang anda mahukan, hantarkan email kepada kami untuk kami sediakan keperluan lain-lain seperti pengangkutan ke sana dan sebagainya.

Saya ingin menempah tshirt eksklusif tekan.je tapi saya tidak mengambil pakej pelancongan. Boleh ke?

>Boleh! Kami sangat gembira sekiranya anda menjadi sebahagian daripada kami. Hantarkan maklumat seperti nama, alamat (untuk pilihan pengeposan), saiz dan warna kesukaan anda kepada email kami tekanje123@gmail.com. Kami akan menghantar secara pengeposan baju tshirt eksklusif ini kepada anda atau anda boleh menuntutnya di alamat tertara di portal kami.

Di manakah saya boleh makan sedap dan berpuas hati di Kedah?

>Di setiap daerah di Kedah terdapat tarikan dan keunikan makanan yang lain dari yang lain. Kami telah senaraikan tempat makan yang ‘recommended’ oleh ramai pengguna kami dan anda boleh merujuk di portal rasmi kami di webpage tempat makan.

bottom of page