
NEGERI KEDAH DIKATAKAN NEGERI YANG TIDAK MENDAPAT PERHATIAN

Kedudukan Negeri Kedah yang berada di hujung peta Malaysia arah utara dan dipenuhi padi atau dikenali sebagai petak sawah sahaja? Buntu untuk bercuti di negeri Kedah kerana tiada tempat yang hendak dituju? Ingin bercuti tetapi di negeri Jelapang Padi tetapi takut akan tiada tempat yang mampu memberi kualiti kepada percutian anda? Jangan risau.
Website Tekan.Je kan ada.Tekan.Je memaparkan tempat-tempat menarik mengikut daerah yang anda ingin lawati. Jangan khuatir kami memaparkan tempat-tempat menarik dengan pakej percutian bajet di Kedahan.
Lihat penuh tempat-tempat menarik di negeri Kedah dengan melihat penyediaan video yang disediakan oleh pihak kami. Bermulalah sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tempat-tempat menarik di negeri Kedah dengan senarai yang kami telah sediakan di bawah.

Kami telah memudahkan percutian anda bukan? Oleh itu, dengan adanya, Tekan.Je anda tidak perlu rungsing lagi ke hulu dan kehilir di negeri Kedah. Penggunaan minyak petrol untuk kenderaan juga dapat dijimatkan kerana sudah tahu arah tuju di negeri Kedah.
ATAU

kota setar
Menara Alor Setar
Menara kedua tertinggi di Malaysia ini merupakan mercu tanda bandaraya Alor Setar dan merupakan tarikan pelancongan utama di kawasan pusat bandar
Muzium Padi
Pameran yang dilaksanakan di muzium padi ini yang menggabungkan barangan dan peralatan sebenar dengan lukisan sebagai latar belakang sangat menarik perhatian dan cukup berkesan
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Lokasi terbaik untuk mendedahkan anak-anak anda kepada ilmu sains, teknologi dan inovasi
Masjid Zahir
Rekabentuk Masjid Zahir sungguh unik. Dari pandangan luar, ia berdiri megah dengan ciri-ciri binaan Islam yang mengagumkan.
Galeri Sutan Abdul Halim
Menyimpan berbagai koleksi milik Sultan Kedah seperti pakaian, perhiasan, dokumen, gambar dan barangan peribadi. Pengunjung pasti teruja melihat pameran lebih 2,000 barangan yang hampir kesemuanya jarang dilihat dimana-mana.
Pekan Rabu Alor Setar
Bangunan perniagaan ini menunjukkan bagaimana usaha dilakukan bagi menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera untuk bergiat didalam bidang perniagaan dikawasan bandar. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama lagi.
Muzium Negeri Kedah
Bangunan Muzium Negeri Kedah yang cantik ini dibina pada tahun 1997 bagi menampung ruang pameran yang lebih besar. Ia menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theater.
KUBANG PASU
Wang Tepus
Ecotourism
Destinasi pelancongan terbaru yang diperkenalkan di daerah Kubang Pasu Kedah. Ada beberapa tempat penginapan unik disediakan seperti rumah tradisional dan resort yang cantik.Bagi anda yang tinggal di bandar, tempat ini adalah lokasi paling sesuai untuk bercuti bersama keluarga.
MnM Home Whimsical Houses
Tarikan utama disini ialah rumah senget dengan rekabentuk unik dan warna yang cantik. Selain itu ada playground untuk kanak-kanak, rumah Hobbit, rumah terbalik, rumah diatas pokok dan binatang ternakan
Taman Rekreasi Bukit Wang
Lokasi pelancongan alam semulajadi di daerah Kubang Pasu, Taman rekreasi Bukit Wang ialah tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ia terletak tidak jauh dari bandar Jitra.
Wang Tepus Ecotourism
Fantasia Aqua Park Jitra
MnM Home Whimsical Houses
Tasik Darulaman Jitra
Taman rekreasi Bukit Wang
Makam Puteri Lindungan Bulan
Gua Kerbau dan Gua Batu Putih
Gua Kerbau dan Gua Batu Putih
Penemuan kesan sejarah didalam gua ini membuktikan bahawa ia pernah didiami oleh manusia pada zaman dahulu. Sekarang ia menjadi salah satu lokasi pelancongan menarik di daerah Kubang Pasu.
Fantasia Aqua Park
Jitra
Taman tema air yang sesuai untuk seisi keluarga. Walaupun tidak sehebat Carnival Sungai Petani tetapi cukup untuk bersukaria bersama ahli keluarga tersayang.


yan
Gunung Jerai
Gunung Jerai adalah salah satu tempat menarik di Kedah yang sangat popular. Terdapat sebuah resort di puncak gunung yang menyediakan tempat penginapan selesa untuk pengunjung.
Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di Gunung Jerai.
Air Terjun Titi Hayun
Air terjun Titi Hayun ialah tempat perkelahan dan mandi-manda yang sangat terkenal di daerah Yan. Kawasan air terjun ini juga sesuai dijadikan lokasi percutian. Berbagai aktiviti boleh dilakukan seperti merentas hutan, mendaki gunung, menjejak air terjun dan lain-lain.
Pantai Murni
Pantai Murni adalah kawasan pantai yang popular di daerah Yan. Ia merupakan lokasi untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
Air Terjun Seri Perigi
Air terjun di kaki Gunung Jerai ini sangat cantik dan tinggi. Untuk menikmati keindahan sebenar, anda boleh datang pada bulan November dan Disember atau pada musim hujan kerana waktu ini pemandangan air terjun paling menarik.
Pulau Bunting
Merupakan pulau paling hampir dengan daratan. Terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar Kedah ke Pulau Bunting.
Air Terjun Batu Hampar
Air terjun disini tidak terlalu cantik tetapi ia tetap menjadi tumpuan kerana sesuai untuk aktiviti perkelahan keluarga dan mempunyai kolam yang cetek untuk kanak-kanak mandi.
Pulau Songsong
Pulau Songsong masih kekal terpelihara tanpa pembangunan. Tarikan yang ada di pulau ini ialah alam semulajadi seperti pokok-pokok hutan, flora dan fauna serta coral yang terdapat di dasar laut.
kuala muda
Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Pengunjung boleh melawat muzium yang mempamerkan koleksi seramik, manik-manik kaca, rempah ratus dan lain-lain yang ditemui di sekitar Lembah Bujang. Selain itu terdapat candi-candi agama Hindu/Buddha yang dibina semula dari tinggalan asal.
Pantai Merdeka
Pantai Merdeka mempunyai pemandangan laut yang cantik. Anda boleh melihat Tanjung Dawai, bot yang berulang-alik membawa penumpang dan perahu nelayan dilaut.
Taman Rekreasi Sungai Merbok
Pemandangan yang boleh dilihat di Taman Rekreasi Sungai Merbok ini memang sangat cantik. Jujur. Selain sungai yang luas dan hutan bakau yang menghijau, pengunjung dapat melihat bot yang bersusun di jeti serta kenderaan yang bertali-arus diatas jambatan.
Taman Tema Air The Carnival
The Carnival Water Park Sungai Petani ialah taman tema air yang terulung di Kedah. Ia mempunyai berbagai permainan air yang menarik untuk orang dewasa, keluarga dan tempat permainan kanak-kanak
Tanjung Dawai
Disini terdapat pantai dan juga jeti nelayan. Tanjung Dawai popular dengan belacan dan ikan bilis. Selain itu, terdapat berbagai barangan hasil nelayan seperti keropok ikan, ikan masin dan lain-lain boleh dibeli sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Disini juga mempuyai perkhidmatan feri untuk ke Pantai Merdeka.
Chalet Terapung Persatuan Peladang
Adalah resort menarik yang menyediakan tempat penginapan diatas air. Chalet ini memang tidak asing lagi bagi kaki pancing.


KULIM
Tree Top Walk Sungai Sedim
Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi.
Taman Rusa
Boleh mencipta pengalaman untuk memberi makan kepada rusa. Sesuai untuk percutian dengan ahli keluarga tersayang.
Taman Burung Kulim
Sesuai untuk bawa anak-anak ke sini. Berbagai spesis burung dapat dilihat. Pengunjung boleh memberi makan burung, itik dan ikan yang ada di taman ini. Selain itu, pengunjung dapat bermain dengan arnab, kura-kura dan beberapa haiwan lain.
Taman Rekreasi Sungai Sedim
Tempat pelancongan di kedah yang terkenal dengan aktiviti lasak sehingga ke peringkat antarabangsa ini cukup menarik.
sik
Pelancongan Pertanian Bendang Man
Projek pelancongan yang diusahakan oleh KEDA ini adalah ladang buah-buahan yang mempunyai 12 buah chalet serta kemudahan dewan mesyuarat. Tapak perkhemahan juga disediakan.
Air Terjun Lata Mengkuang
Air terjun bertingkat yang cantik dibahagian atas boleh dikunjungi dengan kenderaan ataupun berjalan kaki merentas hutan.
Ulu Muda Eco Park
Pelancongan alam semulajadi meredah hutan simpan untuk melihat flora dan fauna yang masih kaya disini. Pengunjung perlu menaiki bot di Empangan Gubir sebelum sampai ke kawasan hutan Ulu Muda Eco Park.
Lata Hujan Lebat
Beberapa tingkat air terjun, kolam semulajadi yang luas serta air yang sejuk menyegarkan pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Ia adalah lokasi sesuai untuk berehat kerana suasana damai alam semulajadi yang dikelilingi hutan yang menghijau cukup menenangkan.


baling
Gua Sireh
Gua Sireh ini cukup menarik. Dinding dan kubahnya berwarna putih secara semulajadi. Pengunjung boleh meneroka gua sepanjang 400 meter ini melalui laluan yang dibina persatuan penduduk setempat.
Ulu Legong Hot Springs
Kolam air panas yang luas disediakan untuk pengunjung. Setiap kolam berbeza mengikut suhu kepanasan air dan kedalaman kolam. Chalet yang menarik juga disediakan di dalam kawasan Ulu Legong Hot Springs.
Lata Bukit Hijau
Air terjun paling cantik di negeri ini. Sekitar tahun 90an, ia sangat popular dan sering menjadi pilihan orang-ramai berkelah di hujung minggu atau cuti umum.
Gunung Baling
Gunung ini adalah lokasi terbaik untuk melihat pemandangan menarik daerah Baling dari tempat tinggi. Pendakian ke puncak gunung mengambil masa lebih kurang 2-3 jam.
Gua Jepun
Pengunjung boleh melihat panorama yang menarik ketika waktu malam di Gua Jepun kerana majlis pembandaran telah memasang lampu kerama pemandangan pada waktu malam adalah lebih menarik.
Pendang
Tasik Pendang
Pemandangan menarik ditepi tasik memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan ini. Terdapat sebuah resort yang terletak di pinggir tasik sesuai dijadikan tempat penginapan.
Pasar Kemboja
Pasar Kemboja adalah bazar membeli-belah yang terkenal kerana harga barangan yang sangat murah. Ia adalah pasar mingguan dan barangan yang dijual kebanyakannya ialah pakaian lelaki dan wanita.
Rimba Rekreasi Bukit Perak
Keindahan alam semula jadi yang mampu menambat hati para pengunjung. Pengunjung dapat menikmati suasana yang aman dan damai disini.
Telaga Gajah
Perigi yang tidak pernah kering walau di musim kemarau panjang ini menjadi sumber air dan tempat mandi gajah pada masa dahulu. Telaga ini masih kekal dan terjaga di Pendang.


langkawi
Dataran Lang
Lokasi paling ikonik untuk anda tangkap gambar sebagai bukti bahawa anda telah berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi.
Kereta Kabel Langkawi
Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di Asia dengan kecuraman 42 darjah dan merupakan kereta kabel yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.
Kilim Geoforest Park
Kilim Geoforest merupakan kawasan hutan yang dipenuhi gua-gua yang indah. Disini juga akan dapat pengalaman memberi makan kepada helang.
Taman Buaya Langkawi
Menyaksikan pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih.
Underwater World Langkawi
Akuarium seluas 60,000 kaki persegi ini merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang memuatkan lebih 500 spesies haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.
Kompleks Kraf Langkawi
Dua buah muzium untuk anda terokai iaitu Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat Perkahwinan. Di sinilah anda dapat melihat dengan dekat bermacam barangan dan artifak peninggalan masa lampau.
HiG
Kompleks HIG adalah salah satu tempat ideal untuk anda ‘melabur’ duit anda. Dari pinggan-mangkuk, aneka coklat yang menyelerakan, kain pelikat, minyak gamat dan macam-macam lagi disediakan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan.
Idaman Suri
Idaman suri adalah sebuah khas yang menjual bermacam barangan kelengkapan rumah. Aneka coklat import juga turut dijual di sini. Idaman Suri adalah tempat pelancongan yang ideal bagi memenuhi hobi anda, membeli belah.
Pantai Cenang
Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pantai Cenang. Terdapat banyak hotel dan resort disedikan di Pantai Cenang. Oleh itu, anda akan dapat percutian yang diidamkan.
Kota Mahsuri
Kota Mahsuri ialah tempat bersejarah di Langkawi. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.
Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting menempatkan sebuah tasik yang dikatakan menjadi tempat kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari. Anda boleh menikmati pemandangan dari platform terapung yang disediakan sambil merendamkan kaki di dalam air tasik.